Bab 38: Kewajiban Memerintah Keluarga untuk Bertaqwa – Musholla Darul Mu'minin
  • Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah.
Rabu, 13 Mei 2026

Bab 38: Kewajiban Memerintah Keluarga untuk Bertaqwa

Bab 38: Kewajiban Memerintah Keluarga untuk Bertaqwa
Bagikan

٣٨ – باب وجوب أمره أهله وأولاده المميزين وسائر من في رعيته بطاعة الله تعالى ونهيهم عن المخالفة وتأديبهم ومنعهم من ارتكاب مَنْهِيٍّ عَنْهُ

قَالَ الله تَعَالَى: {وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاةِ} [طه: 132].
في هذه الآية: دليل على وجوب أمر الإنسان أهله بطاعة الله تعالى، خصوصًا الصلاة. وكان عمر بن الخطاب إذا استيقظ من الليل أقام أهله للصلاة، وتلا هذه الآية: {وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا} [طه: 132].
وَقالَ تَعَالَى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ} [التحريم: 6].
يأمر تعالى بطاعته، وترك معصيته، وأمر أهله بذلك، والقيام عليهم، وتأديبهم وتعليمهم، لينجو من النار العظيمة التي وقودها العُصاة من بني آدم وحجارة الكبريت.

«298»

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: أخذ الحسن بن علي رضي الله عنهما تَمْرَةً مِنْ تَمْر الصَّدَقَةِ فَجَعَلَهَا في فِيهِ، فَقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((كَخْ كَخْ إرْمِ بِهَا، أَمَا عَلِمْتَ أنَّا لاَ نَأكُلُ الصَّدَقَةَ))!؟ مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وفي رواية: ((أنَّا لا تَحِلُّ لَنَا الصَّدَقَةُ)).
وقوله: ((كَخْ كَخْ)) يقال: بإسكان الخاء، ويقال: بكسرها مَعَ التنوين وهي كلمة زجر للصبي عن المستقذراتِ، وكان الحسن رضي الله عنه صبِيًّا.
في هذا الحديث: دليل على منع الصبي عما يحرم على المكلف.

«299»

وعن أَبي حفص عمر بن أَبي سلمة عبد الله بن عبد الأسدِ ربيبِ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: كُنْتُ غلاَمًا في حجر رَسُول الله صلى الله عليه وسلم وَكَانَتْ يَدي تَطِيشُ في الصَّحْفَةِ، فَقَالَ لي رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((يَا غُلامُ، سَمِّ الله تَعَالَى، وَكُلْ بيَمِينكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ)) فَمَا زَالَتْ تِلْكَ طِعْمَتي بَعْدُ. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
((وَتَطِيشُ)): تدور في نواحِي الصحفة.
في هذا الحديث: مشروعية تأديب الصبي وتعليمه.

«300»

وعن ابن عمر رضي الله عنهما، قَالَ: سمعت رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتهِ: الإمَامُ رَاعٍ وَمَسْؤولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، والرَّجُلُ رَاعٍ في أهْلِهِ وَمَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالمَرْأةُ رَاعِيَةٌ في بيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْؤُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا، وَالخَادِمُ رَاعٍ في مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
فيه: أن كل أحد مسؤول عَمَّنْ تَحتَ يده من آدمي وغيره.

«301»

وعن عمرو بن شعيب، عن أبيه، عن جدهِ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مُرُوا أوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أبْنَاءُ سَبْعِ سِنينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أبْنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ في المضَاجِعِ)). حديث حسن رواه أَبُو داود بإسناد حسن.
في هذا الحديث: مشروعية أمر الأولاد، ذكورًا كانوا أو إناثًا بالصلاة إذا بلغوا سبع سنين، وهو سِنُّ التمييز، وتأديبهم عليها إذا بلغوا عشر سنين، والتفريق بينهم في المضاجع حينئذٍ لأنها تنتشر فيها الشهوة.

«302»

وعن أَبي ثُرَيَّةَ سَبْرَةَ بن معبدٍ الجُهَنِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((عَلِّمُوا الصَّبِيَّ الصَّلاةَ لِسَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا ابْنَ عَشْرِ سِنِينَ)). حديث حسن رواه أَبُو داود والترمذي، وَقالَ: (حَدِيثٌ حَسَنٌ).
ولفظ أَبي داود: ((مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ)).
يجب على الولي أمر الصبي بالصلاة ليتمرن عليها ويعتادها فلا يتركها إذا بلغ إنْ شاء الله تعالى.

Kewajiban Memerintah Keluarga Dan Anak-anak Yang Sudah Tamyiz, juga Semua Orang Yang Dalam Lingkungan Penjagaannya, Supaya Taat Kepada Allah Ta’ala Dan Melarang Mereka Dari Menyalahinya, Harus Pula Mendidik Mereka Dan Mencegah Mereka Dari Melakukan Apa-apa Yang Dilarang
Allah Ta’ala berfirman:

“Dan perintahlah keluargamu dengan sembahyang dan bersabarlah atasnya.” (Thaha: 132)

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Hai sekalian orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa neraka – Bahan bakarnya adalah para manusia dan batu.” (at-Tahrim: 6)

299. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “al-Hasan bin Ali radhiallahu ‘anhuma mengambil sebiji buah kurma dari kurma hasil sedekah lalu dimasukkannya dalam mulutnya. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kakh, kakh – jijik, jijik -, lemparkan itu, adakah engkau tidak tahu bahawasanya kita – golongan Bani Hasyim dan Bani Muththalib – itu tidak halal makan benda sedekah.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan “Bahawa bagi kita – golongan Bani Hasyim dan Bani Mutthalib – tidak halal makan sesuatu yang dari hasil sedekah.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Kakh, kakh”, dikatakan dengan sukunnya kha’ dan ada yang mengatakan pula dengan kasrahnya kha’ serta ditanwinkan – lalu menjadi kakhin, kakhin. Ini adalah kata melarang kepada anak-anak dari apa-apa yang dianggap jijik atau kotor. Al-Hasan di kala itu masih kecil sebagai anak-anak.

300. Dari Abu Hafsh iaitu Umar r.a. bin Abu Salamah, yakni Abdullah bin Abdul-asad. Ia adalah anak tiri Rasulullah s.a.w. katanya: “Saya pernah berada di pangkuan Rasulullah s.a.w. dan tanganku – ketika makan – berputar di seluruh penjuru piring, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda padaku:

“Hai anak, bacalah Bismillahi Ta’ala – sebelum makan – dan makanlah dengan tangan kananmu, pula makanlah dari makanan yang ada di dekatmu saja.” Maka senantiasa sedemikian itulah cara makanku sesudah itu.” (Muttafaq ‘alaih)

301. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Semua orang dari engkau sekalian itu adalah pemimpin dan semuanya saja akan ditanya tentang pimpinannya. Seorang imam – pemerintah – adalah pemimpin dan akan ditanya tentang pimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pimpinannya, seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pimpinannya. Seorang pelayan juga pemimpin dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pimpinannya. Maka semua orang dari engkau sekalian itu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang pimpinannya.” (Muttafaq ‘alaih)

Hadis ini dengan jelas menyebutkan bahawa sekalipun sesuatu itu dipandang umum sangat remeh dan tidak perlu diperhatikan, seperti adab kesopanan di waktu makan-minum, duduk, bermain-main dan lain-lain sebagainya, tetapi Agama Islam tetap menyerukan kepada orang tua atau wali anak-anak, agar hal-hal itu diajarkan serta menegur mereka jika mereka berbuat yang tidak baik. Mengajarkan ini wajib dilaksanakan sejak kecil, agar terbiasa nantinya apabila telah dewasa dan orang lain akan menamakan “Anak yang mengerti tatasusila”.

302. Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari neneknya r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Perintahlah anak-anakmu untuk menjalankan shalat di waktu mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka, jikalau melalaikan shalat di waktu mereka berumur sepuluh tahun. Juga pisahkanlah antara mereka itu dalam masing-masing tempat tidurnya.”

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad yang hasan.

303. Dari Abu Tsurayyah iaitu Sabrah bin Ma’bad al-Juhani r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ajarilah anak-anak itu mengenai shalat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah ia jikalau melalaikan shalat ketika berumur sepuluh tahun.”

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Adapun lafaznya Abu Dawud iaitu: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Perintahlah anak-anak itu untuk bersembahyang ketika ia telah mencapai umur tujuh tahun.”

—–
Hadits-hadits seperti hadits no. 302 dan 303 itu bersifat penegasan. Tidak berarti bahwa jika anak-anak belum berumur tujuh tahun itu belum perlu diajarkan dan diperintahkan sholat. Justeru anak-anak perlu diperkenalkan dengan sholat sejak dini. Dan ketika dia sudah mulai bisa mengingat, mulailah diajarkan bacaan sholat, lalu gerakan sholat. Setelah memadai gerakan dan bacaan sholatnya, biasakanlah mereka untuk sholat agar mereka lebih ingat mengenai waktu sholat dan jumlah rokaat sholat.

Adapun ketika mereka berumur 7 tahun, perintahkan mereka sholat sehingga mereka tidak meninggalkan satu waktu sholat pun. Setelah mereka berumur 10 tahun, jika mereka luput satu waktu sholat, maka pukullah dengan pukulan ringan untuk mendidik, bukan untuk menyiksa. Tidak boleh dengan pukulan yang dapat menyebabkan memar, luka atau cacat.

SebelumnyaBab: Menginfaqkan dari Harta yang Disukai dan Bagus No.297SelanjutnyaSyaikh Salim ibnu Sumair
Musholla Darul Mu'minin
Jl. Bangka Raya Gg. Amal 3 RT.013 / RW.05 Pela Mampang, Mampang Prapatan, Jakarta Selatan
Tahun Berdiri1997